Friday 30 December 2011

++ SEPATU LAMA DAN BARU ++





" Lama dan baru tiada bedanya, yang lama banyak berjasa, yang baru sebagai pengganti yang lama tetap tidak dilupa" 

Dah lama tidak bersukan.. dekat 2 bulan jugakla, cuti sekolah jadi aku pun cuti bersukan. Tambah-tambah sebelum cuti hari tu kasut pun  dah kena rembat... selamat la pencuri tu.. Pakaila pencuri oii  buat jalan-jalan ye....Banyak memori dengan kasut tu, first time masuk tournament pun kasut tu... Adoii..






Thanks.....










Tiada beza.. kedua-dua ada pro dan kontra...Sejarah baru bakal dicipta dan bakal tertulis.............................................





++ Sekian.. terima kasih ++

Monday 26 December 2011

++ Selamat Hari Lahir Bro ++










Dulu - dulu masa kecik-kecik selalu main perang sama-sama kat atas bukit ..... sekarang dah besar kau ye. Semoga dapat apa yang dikejar dan menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.







 To my third bro... Mohamad Hafeez bin Makhtar




**Terima Kasih Kerana Membaca**







Sunday 11 December 2011

++ Rantau Panjang " Zon Bebas Cukai" ++


Semenjak cuti ne.... semangat nak mengupdate tentang tempat-tempat kat kelantan membuak-buak.... maybe sebab cuti  nak pergi holiday jauh-jauh tidak kesampaian .... Pada entry kali ini aku nak bercerita tentang sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan iaitu di kawasan barat jajahan pasir mas..





JOM >>>>




   <<<< PETA  BAGI MENGELAKKAN SESAT>>>>





Anak panah biru menunjukkan "Rantau Panjang" ye sahabat...











<<< PINTU MASUK  DAN KELUAR ( PEMERIKSAAN  IMIGRESEN) >>>>



Pemeriksaan oleh Pasukan Kastam Diraja Malaysia













<<< SETERUSNYA... KAWASAN RANTAU PANJANG >>>>



....Biskut-biskut dan makanan yang dijual di hadapan Pasar...









....Macam-macam ada... ambik ja... "Mok cik, Nok hok nie" bayar dan makan =)...
p/s kalau lelaki = abe,,, perempuan muda= kak









Haa... ne kesukaan aku...baju dan jeans...lau p kompem beli, paling kurang  1 helai baju meh...








Ni pula sebahagian dari but bola.. kasut-kasut lain pun ada juga dijual... lawa-lawa... menepati citarasa... pilih ja..







Buah-buahan pun ada.... buah mempelam paling banyak macam-macam jenis ada... tapi ingat ye... kat sini panggil "Buah Pauh" jangan reka loghat sendiri , lain jadinya nanti =)...




Ni pula periuk belanga khusunya untuk suri rumah ye.. boleh tahan jugak harganya...murah-murah ...






Orait,, ni pula barangan perhiasan ya... rm 20 - rm 30 da dapat satu  =)





Lastly... Ni anak-anak patung dan juga bantal peluk..." Love Me Little, Love Me Long" ... yang bawa anak-anak yang kecik kiut miut 2... beli satu wat balik letak lam kete =))






                        +++   Bon Voyage   +++

Thursday 8 December 2011

++PEKAN MUNDOK , THAILAND++



Ramai tertanya-tanya tentang pekan mundok thailand... best ke?? murah ke?? x bahaya ke pergi??? macam-macamla.. pekan mundok ni sebenarnya tempat membeli belah macam kat pasar tani tu. Selalunya orang ramai pada hari jumaat, sebab hari jumaat hari pasar dan banyak barang yang dijual... di bawah beberapa keping gambar di pekan mundok thailand =)..





Jeti Bot ke Thailand





Pemandangan Dari atas Bot



Makanan




Air minuman,,,, bekas nya daripada tanah liat..ala-ala cam labu sayung cam tu.. ada macam-macam bentuk ultraman pun ada,,, jadi kalau bawak anak-anak kecik tu jaga-jaga kompem kena beli wat balik,,,,,







Macam- Macam ada...






Mercun dan Bunga Api



Toto dan Cadar






Handbag untuk makcik-makcik dan kakak-kakak..




Ni perhiasan untuk kaum hawa ya... macam-macam pattern ada...pilih... bak kata omputih " Cash and Carry"




++ Diharapkan entry ini memberikan sedikit sebanyak input-input kepada sahabat-sahabat  mengenai pekan Mundok .. lepas ni boleh datang .. beli-beli dan bawak balik =)) ++






Saturday 3 December 2011

++ Tahniah Sahabat++

Pada tanggal 2 haribulan disember 2011 .. iaitu hari ini merupakan hari yang bersejarah dan bermakna buat sahabat aku Saadah.. Dah kawin ye.. semoga kekal hingga ke syurga=)) . Dibawah beberapa keping gambar di majlis perkahwinan tadi...


Gambar bersama pengantin



Pelamin .. adoi lawanya ..





Hidangan =)




Hantaran



Hantaran






Kek Perkahwinan








Haa,,,, ni bahagian aku hehe... 






++ (= Semoga perkahwinan ini bahagia hingga ke syurga =)++ 
p/s : cepat-cepat dapat cahaya mata ya choi (sahabat)

Tuesday 29 November 2011

++ ARUN SAWAD ++

Selamat bertemu...lama x update blog yang jadi kesayangan ni =).
Niat nak mengupdate blog memang ada cuma da lama sangat tak update jadi gementar sikit nak taip-taip keyboard nie.. haaa...sori ye choi(sahabat). Mesti semua tertanya-tanya apa itu "Arun Sawad" kan?? hahaha... Arun Sawad bermaksud selamat pagi.. cuma di dalam bahasa thai =) . Pada pagi yang indah ne... aku nak bercerita tentang mykad baru yang bakal kita guna tahun hadapan....ada sikit advancenya dari yang lama, jom tengok ... kat bawah tue.. tengok!






 Nie la mykad baru yang diwar-warkan tue ye.. ooooo



My kad nie start diguna januari tahun depan. Dah lama aku tunggu kemunculan mykad baru ni. Mykad aku yang lama dah teruk sangat dah.Tercabut sana sini... sume gam dah guna, gam gajah, gam kasut, gam kertas.. mintak-mintakla mykad baru nie tahan ye... tahniah kepada kerajaan malaysia di atas memperkenalkan mykad baru dan prihatin kepada rakyat macam aku ni .. "  fuhh...mintak-mintaklah tahan ".... 


++    Setakat tu sahaja untuk hari ini.. jangan serik ya choi... datangla melawat selalu-selalu   ++







Wednesday 2 November 2011

++He's a son of billionaire , Im the son of a farmer++

      Di dalam kesibukan ini aku luangkan masa untuk update blog ini  buat tatapan para pembaca sekalian... pada entry kali ini aku ingat berkongsi cerita mengenai kata-kata seorang tokoh dunia yang bernama Bill Gates. 

    Ceritanya begini nak dijadikan cerita , si Bill Gates ni pergila ke sebuah restoran.. kat sana datangla seorang pelayan.... Bill Gates pun tanpa segan silunya menghulurkan 2 dolar sebagai tips untuk pelayan tersebut... pelayan itu pun pelik dan berkata kepada si Bill Gates.." Encik Bill, semalam anak encik Bill datang kesini dan dia memberi saya tips sebanyak 100 dolar wooo.... tapi kenapa encik beri saya hanya 2 dolar"???
        
       Seterusnya En Bill Gates pun menjawab kepada pelayan tersebut...awak nak tahu kenapa begitu jadinya???? pelayan sepantas kilat menganggukkan kepalanya.... Bill Gates pun menjawab... ehem.... "Anak saya ialah anak kepada seorang jutawan, manakala saya hanya anak kepada seorang tukang kebun" haaaa.. termanggu si pelayan tersebut... 

     Cerita ini ialah berdasarkan apa yang saya temui di dalam perjalanan semasa berjalan-jalan di website tadi hehehe=)) Skrip yang asal adalah seperti dibawah :



             
..........................................................................................





William Henry Gates lll
atau
Bill Gates
(Pengasas Microsoft Corporation)







++Terima kasih melawat page ini dan nantikan entry seterusnya++

Sunday 30 October 2011

++Indahnya Dunia++

Sekarang jam menunjukkan 1.27 a.m.... tiba-tiba teringat dengan blog kesayangan. Sahabat dan teman blog serta pembaca-pembaca yang sering berkunjung ke blog aku. Dalam mencari idea... aku teringat kata-kata teman aku petang tadi... bercerita mengenai keindahan dunia.. disini ingin aku kongsikan dengan para pembaca mengenai hasil pembacaan mengenai tempat-tempat indah dunia . Walaupun ianya tidak seberapa.. diharapkan dapat menambah pengetahuan kita bersama =)






Sebuah Universiti di Quebec, Kanada. Indahnya ciptaan tuhan. Kalaula  dapat belajar di Universiti ni...........






Ini merupakan satu fenomena di Alaska( hujung Amerika, berhampiran Kutub Utara. Warnanya yang umum iaitu hijau dan merah.Selalunya dapat dilihat dengan jelas pada waktu  malam.








Tembok Besar Cina yang terletak di Negara Cina.Panjang Tembok Besar China ini ialah 6,400 km. Ia dibina untuk menghalang orang mongol.






Terpegun??? hehe.. ini merupakan Cinque Terre iaitu kota yang terkenal dengan keindahannya yang terbina selama beratus tahun. Kota ini terletak di pinggir laut Mediterranean.







Ini ialah Gunung Mattehon di switzerland. Sejarah mencatatkan

seramai  500 pendaki yang cuba menakluk gunung ini tumpas didalam menakluki gunung ini. Gunung ini setinggi 14,692 Kaki.






Ini pula ialah Benteng Chittogarh di India. Sangat besar dan Indah...





Ini merupakan kuil Machu Pichu di Peru. Sangat Hijau kan...Kuil ini dibina oleh suku Inca pada abad ke-15 lagi..





Ini merupakan gambar berdayung santai di Laut Artik . Sangat indah seperti Kristal. Artik berada di Kutub Utara Bumi.



























Ini merupakan Tiger Nest di Bhutan. Dari sisi pemandangannya sungguh indah... diselaputi kabus....



++Terima Kasih kerana sudi melihat dan membaca=)) ++

Tuesday 25 October 2011

++Gelagat Seorang Pelajar Tadika++

Assalamualaikum... 2-3 hari ni aku sibuk berulang alik ke tadika... ada sedikit tugasan perlu aku selesaikan..tapi bukan itu yang aku nak kongsikan pada kali ini,,, pada coretan kisah pada kali ini aku nak berkongsi cerita mengenai seorang murid tadika yang aku perhatikan kreativitinya...nama murid tersebut  Mohd Arif Raziqin bin Ariffin. Adik ini telah membina sebuah jentolak mengikut kreativitinya. Sedikit gambar-gambar aku sisipkan di dalam proses tersebut....







Idea Asal




Bentuk-bentuk yang digunakan




Jentolak Hasil Ciptaan



Macamana nak angkat beban ni ye????




Ubah suai bahagian depan.. dan berjaya=))



++JUMPA LAGI++


Sunday 23 October 2011

++Once Upon A Time++



Penulisan kali ini... aku nak mencoretkan kisah bersama rakan-rakan... masih lagi mengenai hobi dan kesukaan aku  iaitu ikan....pada suatu masa dulu.. aku ada satu port memancing di merang...Kuala Terangganu.... tempat itu bolehla dikategorikan sebagai banyak ikan... tetapi itu dulu... sekarang tiada lagi... semua da tinggal kenangan disebabkan dek ketamakan manusia.... habis habitat ikan pupus.... ada aktiviti pengorekan pasir kat situ,,,,di bawah beberapa keping gambar kenangan yang masih aku simpan untuk tatapan para pembaca ....










Tangkapan yang tidak seberapa iaitu anak remaja seekor ikan  tanda







Sahabat sekelas, semancing, dan juga semakan  Zakwan Danial bersama tangkapannya seekor anak remaja kerapu






Beliau kami gelarkan "Sifu" Muhammad Naim.. berasal dari tumpat ,kelantan bersama tangkapan beliau iaitu seekor anak teruna kerapu..








Hasil tangkapan kami bertiga,,, anak kerapu, ikan tanda, ikan kirom, dan ikan kekek..Cukupla untuk makan bertiga....









Pemancing dan hasil tangkapan....









Sifu menyalakan api.... expert...memang kompem nyala







Apabila Senja menjelang... bersembang lagi....










Barbeque....hasil tangkapan untuk sepetang berpenat- lelah....