Sunday 30 October 2011

++Indahnya Dunia++

Sekarang jam menunjukkan 1.27 a.m.... tiba-tiba teringat dengan blog kesayangan. Sahabat dan teman blog serta pembaca-pembaca yang sering berkunjung ke blog aku. Dalam mencari idea... aku teringat kata-kata teman aku petang tadi... bercerita mengenai keindahan dunia.. disini ingin aku kongsikan dengan para pembaca mengenai hasil pembacaan mengenai tempat-tempat indah dunia . Walaupun ianya tidak seberapa.. diharapkan dapat menambah pengetahuan kita bersama =)






Sebuah Universiti di Quebec, Kanada. Indahnya ciptaan tuhan. Kalaula  dapat belajar di Universiti ni...........






Ini merupakan satu fenomena di Alaska( hujung Amerika, berhampiran Kutub Utara. Warnanya yang umum iaitu hijau dan merah.Selalunya dapat dilihat dengan jelas pada waktu  malam.








Tembok Besar Cina yang terletak di Negara Cina.Panjang Tembok Besar China ini ialah 6,400 km. Ia dibina untuk menghalang orang mongol.






Terpegun??? hehe.. ini merupakan Cinque Terre iaitu kota yang terkenal dengan keindahannya yang terbina selama beratus tahun. Kota ini terletak di pinggir laut Mediterranean.







Ini ialah Gunung Mattehon di switzerland. Sejarah mencatatkan

seramai  500 pendaki yang cuba menakluk gunung ini tumpas didalam menakluki gunung ini. Gunung ini setinggi 14,692 Kaki.






Ini pula ialah Benteng Chittogarh di India. Sangat besar dan Indah...





Ini merupakan kuil Machu Pichu di Peru. Sangat Hijau kan...Kuil ini dibina oleh suku Inca pada abad ke-15 lagi..





Ini merupakan gambar berdayung santai di Laut Artik . Sangat indah seperti Kristal. Artik berada di Kutub Utara Bumi.



























Ini merupakan Tiger Nest di Bhutan. Dari sisi pemandangannya sungguh indah... diselaputi kabus....



++Terima Kasih kerana sudi melihat dan membaca=)) ++

Tuesday 25 October 2011

++Gelagat Seorang Pelajar Tadika++

Assalamualaikum... 2-3 hari ni aku sibuk berulang alik ke tadika... ada sedikit tugasan perlu aku selesaikan..tapi bukan itu yang aku nak kongsikan pada kali ini,,, pada coretan kisah pada kali ini aku nak berkongsi cerita mengenai seorang murid tadika yang aku perhatikan kreativitinya...nama murid tersebut  Mohd Arif Raziqin bin Ariffin. Adik ini telah membina sebuah jentolak mengikut kreativitinya. Sedikit gambar-gambar aku sisipkan di dalam proses tersebut....







Idea Asal




Bentuk-bentuk yang digunakan




Jentolak Hasil Ciptaan



Macamana nak angkat beban ni ye????




Ubah suai bahagian depan.. dan berjaya=))



++JUMPA LAGI++


Sunday 23 October 2011

++Once Upon A Time++



Penulisan kali ini... aku nak mencoretkan kisah bersama rakan-rakan... masih lagi mengenai hobi dan kesukaan aku  iaitu ikan....pada suatu masa dulu.. aku ada satu port memancing di merang...Kuala Terangganu.... tempat itu bolehla dikategorikan sebagai banyak ikan... tetapi itu dulu... sekarang tiada lagi... semua da tinggal kenangan disebabkan dek ketamakan manusia.... habis habitat ikan pupus.... ada aktiviti pengorekan pasir kat situ,,,,di bawah beberapa keping gambar kenangan yang masih aku simpan untuk tatapan para pembaca ....










Tangkapan yang tidak seberapa iaitu anak remaja seekor ikan  tanda







Sahabat sekelas, semancing, dan juga semakan  Zakwan Danial bersama tangkapannya seekor anak remaja kerapu






Beliau kami gelarkan "Sifu" Muhammad Naim.. berasal dari tumpat ,kelantan bersama tangkapan beliau iaitu seekor anak teruna kerapu..








Hasil tangkapan kami bertiga,,, anak kerapu, ikan tanda, ikan kirom, dan ikan kekek..Cukupla untuk makan bertiga....









Pemancing dan hasil tangkapan....









Sifu menyalakan api.... expert...memang kompem nyala







Apabila Senja menjelang... bersembang lagi....










Barbeque....hasil tangkapan untuk sepetang berpenat- lelah....

Thursday 20 October 2011

++Menam Chao Phraya ++

Tajuk entry ne aku ambik sempena nama sungai yang terpanjang di 


thailand iaitu sungai chao phraya yang bermaksud sungai raja. 


haaa... kali ne aku nak memaparkan mengenai ikan-ikan yang 


terbesar di dunia ,,,,diharapkan entry ne dapat sama-sama memberi 


pengetahuan =)






Ikan Napoleon Wrasse

Ikan ini boleh mencapai panjang sehingga 1.5 meter dan ikan ini yang melebihi 50tahun boleh mencapai berat sehingga
 180 kg.





 Ikan Kap Koi Oren

Ikan ini mempunyai berat sekitar 13kg iaitu lebih kurang dengan berat seorang budak berusia 3 tahun . Ikan ini  merupakan yang terbesar yang pernah ditangkap di dalam jenis ikan kap koi oren.






 Ikan Kap Hitam

Ikan ini  merupakan yang terbesar yang pernah ditangkap di dalam jenis ikan kap hitam.






Ikan Humphead

Ikan ini mempunyai  warna yang agak menarik. Jenis ikan ini merupakan ikan yang selalunya menjadi buruan penduduk pulau.






Ikan Tapah

Jenis ikan ini biasanya mendiami kawasan tasik atau sungai yang besar. Ia membiak pada musim hujan dan panas. Jenis ikan ini boleh membesar sehingga 2.4meter atau 8kaki panjang.







Ikan Pari

Ikan ini mempunyai lebih 200 jenis. Habitat ikan ini ialah di dalam air tawar dan air masin. Ikan ini mempunyai taji yang mengandungi toksin yang terdapat berhampiran ekornya . Taji ikan ini boleh mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan.






Ikan Oar

Ikan ini mempunyai lebih 4 jenis. Ikan ini pernah disenaraikan di dalam Guinnes Book of World Record sebagai ikan terpanjang. Pernah dijumpai yang panjangnya sehingga 11 meter.






Ikan Mola-Mola

Ikan ini boleh mencapai berat sehingga 1000kg.






Ikan Yu

Ikan ini boleh mencapai panjang sehingga 12 meter dan hanya memakan palnkton seperti paus. Ia juga mempunyai barisan gigi yang boleh diganti. Spesies ini jarang menyerang manusia kecuali terdesak.



++nantikan entry akan datang :) ++

Tuesday 18 October 2011

++ Rumahku Syurgaku++

Masa duduk-duduk dan tengah memikirkan tajuk nak mengupdate blog ni.. tiba-tiba teringat pasal kampung halaman. Teringat keluarga tercinta di rumah..itu yang timbulnya idea nak tulis post baru., pasal rumah-rumah yang pelik didunia.... haaa...search punya search...ini hasilnya....

Kvivik Igloo dibina di Kvivik (Faroe Islands)
Rumah Atas-Bawah di kawasan Szymbark(Poland) . Rireka pada era komunis.

Rumah Besi di Lubbock (texas,USA)

Rumah Boeing 727 di daerah Benoit(Mississippi,USA)

Rumah Kapal Angkasa di daerah Chattanooga (TN,USA)

Rumah Kasut di daerah Hellam(Pennsyvania,USA) mempunyai 3bilik, 2 bilik mandi,dapur dan ruang tamu

Rumah Mangkuk Tandas di daerah Suwon,(Korea Selatan)

Rumah Nautilus di mexico DF(Mexico) direka melalui inspirasi seekor siput

Rumah Strawberry di Tokyo(Jepun)

Rumah Teko yang dibina pada tahun 1922 di daerah Zillah (WA,USA)


++Selamat melihat dan membaca++

Sunday 16 October 2011

Satu Permulaan

Pada tanggal 17 oktober 2011  bersamaan jumaat atau dalam

kalendar inggerisnya "friday"  bermulanya satu permulaan bagi satu

pasukan anak muda bakal guru yang menggelar diri mereka Rango

Futsal Club beraksi untuk julung kalinya di Sport Planet Kuala

Terengganu (tak tau search google map) ....masing-masing

pergi untuk menyertai satu pertandingan futsal dengan hati yang

berdebar-debar.. almaklumlah buat kali pertama masuk

bertanding.Niat di hati hanya untuk bersuka-suka dan mencari

pengalaman tak lebih dari tu. Kata salah seorang pemain pasukan

"kita bukan nak cari bilangan gol yang banyak tapi untuk mencari

gol yang terbaik" bercampur sedikit ayat nak sedapkan hati yang

berdebar-debar .Maklumlah semalaman tak tido memikirkan nasib

dalam perlawanan yang bakal ditempuh.Team yang lain semua dah

boleh digelarkan legend sebab dah banyak pengalaman. Tapi

alhamdulillah , setelah berusaha bersungguh-sungguh sampai

terkeluar habis peluh yang ada di dalam anggota badan ..

akhirnya,berjaya jugak menang 1 game walaupun dah kalah 2 game.

Total Gol untuk hari tersebut 4 gol yang dijaring ,  yang bolos agak

banyak tetapi dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu....Tapi nak kata

teruk tu takla, kira okla..first time katakan.... masin jugak mulut

kawan aku .. dapat jugak gol terbaik walaupun kecundang di tengah

jalan. Semasa perlawanan first, awal minit pertama dah jaringkan gol

tapi minit seterusnya pasukan lawan pulak bolosi gawang gol

....xtaula kenapa macam tu...tetapi bila difikirkan balik  biasala kan..

bak kata orang putih "fair and Square". Apapun  "Rango FC" cuba

lagi tahun hadapan....





Thursday 13 October 2011

First Of All

Pertama-tamanya... Terima kasih, Tenkiew, Tochey, Khap  
Khun Kapp diucapkan kepada semua yang terlibat dalam 
penghasilan blog yang tak seberapa ni..... first time aku tulis 
blog... sebenarnya dah lama ada keinginan nak ada blog 
sendiri tengok kawan-kawan ada blog kan.. macam seronok   
.....walaupun terlambat tapi at least sekarang aku dah ada 
blog sendiri, bak kata Mat Salleh  "Better Late Than 
Never" betul x??? . speaking lak.. hahaha... (padahal ayat 
tu alasan  datang lewat kuliah ) .....mana entah aku ambik 
ayat tu.. tapi yang penting dekat tempat aku belajarla,,,, 
ehem...tujuan blog ni ditulis ialah untuk hilangkan rasa 
bosan dan mengisi  masa lapang sebenarnya, selain tu
untuk menggalakkan  aku yang malas membaca ni  supaya 
rajin membaca... almaklumlah nanti kalau  diizinkan tuhan 
nak "Jadi pendidik  Anak Bangsa".... ilmu  kena penuh di 
dada.. pergh ayat hahah... tapi betulla kan...nak  jadi 
pendidik bukan senang.... nak kena diri sendiri dulu cukup 
ilmu tambah-tambah nak jadikan orang itu manusia  
berguna... itu saja setakat ni..... ada kerja perlu dibereskan.. 
salam