Thursday 20 October 2011

++Menam Chao Phraya ++

Tajuk entry ne aku ambik sempena nama sungai yang terpanjang di 


thailand iaitu sungai chao phraya yang bermaksud sungai raja. 


haaa... kali ne aku nak memaparkan mengenai ikan-ikan yang 


terbesar di dunia ,,,,diharapkan entry ne dapat sama-sama memberi 


pengetahuan =)






Ikan Napoleon Wrasse

Ikan ini boleh mencapai panjang sehingga 1.5 meter dan ikan ini yang melebihi 50tahun boleh mencapai berat sehingga
 180 kg.





 Ikan Kap Koi Oren

Ikan ini mempunyai berat sekitar 13kg iaitu lebih kurang dengan berat seorang budak berusia 3 tahun . Ikan ini  merupakan yang terbesar yang pernah ditangkap di dalam jenis ikan kap koi oren.






 Ikan Kap Hitam

Ikan ini  merupakan yang terbesar yang pernah ditangkap di dalam jenis ikan kap hitam.






Ikan Humphead

Ikan ini mempunyai  warna yang agak menarik. Jenis ikan ini merupakan ikan yang selalunya menjadi buruan penduduk pulau.






Ikan Tapah

Jenis ikan ini biasanya mendiami kawasan tasik atau sungai yang besar. Ia membiak pada musim hujan dan panas. Jenis ikan ini boleh membesar sehingga 2.4meter atau 8kaki panjang.







Ikan Pari

Ikan ini mempunyai lebih 200 jenis. Habitat ikan ini ialah di dalam air tawar dan air masin. Ikan ini mempunyai taji yang mengandungi toksin yang terdapat berhampiran ekornya . Taji ikan ini boleh mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan.






Ikan Oar

Ikan ini mempunyai lebih 4 jenis. Ikan ini pernah disenaraikan di dalam Guinnes Book of World Record sebagai ikan terpanjang. Pernah dijumpai yang panjangnya sehingga 11 meter.






Ikan Mola-Mola

Ikan ini boleh mencapai berat sehingga 1000kg.






Ikan Yu

Ikan ini boleh mencapai panjang sehingga 12 meter dan hanya memakan palnkton seperti paus. Ia juga mempunyai barisan gigi yang boleh diganti. Spesies ini jarang menyerang manusia kecuali terdesak.



++nantikan entry akan datang :) ++

No comments:

Post a Comment