Pada tanggal 17 oktober 2011 bersamaan jumaat atau dalam
kalendar inggerisnya "friday" bermulanya satu permulaan bagi satu
pasukan anak muda bakal guru yang menggelar diri mereka Rango
Futsal Club beraksi untuk julung kalinya di Sport Planet Kuala
Terengganu (tak tau search google map) ....masing-masing
pergi untuk menyertai satu pertandingan futsal dengan hati yang
berdebar-debar.. almaklumlah buat kali pertama masuk
bertanding.Niat di hati hanya untuk bersuka-suka dan mencari
pengalaman tak lebih dari tu. Kata salah seorang pemain pasukan
"kita bukan nak cari bilangan gol yang banyak tapi untuk mencari
gol yang terbaik" bercampur sedikit ayat nak sedapkan hati yang
berdebar-debar .Maklumlah semalaman tak tido memikirkan nasib
dalam perlawanan yang bakal ditempuh.Team yang lain semua dah
boleh digelarkan legend sebab dah banyak pengalaman. Tapi
alhamdulillah , setelah berusaha bersungguh-sungguh sampai
terkeluar habis peluh yang ada di dalam anggota badan ..
akhirnya,berjaya jugak menang 1 game walaupun dah kalah 2 game.
Total Gol untuk hari tersebut 4 gol yang dijaring , yang bolos agak
banyak tetapi dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu....Tapi nak kata
teruk tu takla, kira okla..first time katakan.... masin jugak mulut
kawan aku .. dapat jugak gol terbaik walaupun kecundang di tengah
jalan. Semasa perlawanan first, awal minit pertama dah jaringkan gol
tapi minit seterusnya pasukan lawan pulak bolosi gawang gol
....xtaula kenapa macam tu...tetapi bila difikirkan balik biasala kan..
bak kata orang putih "fair and Square". Apapun "Rango FC" cuba
lagi tahun hadapan....
No comments:
Post a Comment